Berita UtamaIstimewa

UMNO tak relevan selagi berdepan krisis dalaman

PAS pula kini hilang punca, terpaksa tunduk dan jadi pak turut

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 13 Jamadilakhir 1442H, Selasa – UMNO tidak akan mampu menjadi tonggak kepada kestabilan negara serta mengekalkan ahlinya, selagi berdepan krisis dan perpecahan dalaman.

Krisis kepemimpinan UMNO – yang semakin ketara – tidak akan menemui titik noktah selagi pemain veteran parti itu tidak mewariskan kepimpinan kepada generasi baharu.

Atas dasar itu, pemerhati politik, Ir Mohd Khoushaini Mohd Naim menyarankan parti Melayu Islam melakukan perubahan serta membawa pendekatan dan menampilkan kepimpinan baharu jika ingin kekal relevan dengan perubahan demografi dan masa.

Beliau tidak menolak kemungkinan UMNO akan menjadi tidak relevan jika lebih ramai anak muda ‘berhijrah’ ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“PAS pula hilang punca setelah menjadi kerajaan, terpaksa tunduk dan menjadi pak turut sahaja, sudah tidak mampu mengangkat tinggi suara Melayu dan Islam seperti ketika mana dalam pembangkang dahulu.

“PAS dilihat tersepit di tengah kancah politik UMNO dan Bersatu malah ‘play safe’ dalam mengeluarkan sesuatu pandangan yang benar.

“Pada saya, PAS perlukan penjenamaan dan slogan baru yang lebih segar untuk kekal relevan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Pada masa sama, beliau yakin generasi baharu sudah tidak lagi terikat kepada semangat kepartian, malah golongan ini lebih suka kepada calon muda yang dilihat hebat, berwibawa dan berprestasi tinggi.

“Usaha untuk mendampingi anak-anak era milenia ini tidak mudah juga, mereka mempunyai corak komunikasi dan karakter yang berbeza berbanding generasi sebelumnya.

“Justeru, bagaimana parti-parti politik mengatur strategi dan medium kempen akan mempengaruhi sokongan mereka, ianya situasi yang sangat menarik untuk diperhati dan dianalisis,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button