Dunia

6 maut, 175,000 penduduk terjejas, taufan Eloise badai Mozambique

Terpaksa pindah 'sehelai sepinggang' tanpa ubat, bekalan makanan

MAPUTO, 14 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan lebih 175,000 terjejas akibat taufan tropika Eloise yang melanda Mozambique minggu lalu. 

Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) memaklumkan, ribut kuat itu merosakkan beberapa kawasan di bandar Sofala, Beira dan sekitarnya. 

Lebih 8,000 rumah musnah dan ditenggelami air menyebabkan semua penduduk berpindah dengan ‘sehelai sepinggang’ tanpa bekalan makanan dan perubatan yang mencukupi.

Kesemua mangsa juga berisiko dijangkiti wabak pandemik COVID-19 kerana tidak diperuntukkan pelitup muka, menurut laporan itu. 

IOM memaklumkan bahawa 32 pusat pemindahan sementara dibuka di wilayah Sofala untuk lebih 15,000 orang termasuk wanita dan kanak-kanak. 

Sekolah, bangunan kerajaan dan rumah ibadat digunakan sebagai pusat pemindahan sementara mangsa. 

Difahamkan, penduduk sekitar juga berdepan gangguan bekalan elektrik akibat ribut dan banjir itu.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button