
KUALA LUMPUR, 14 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lepas setelah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
Setiausaha Akhbar beliau, Zulkifli Bujang yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata Hamzah juga berada dalam keadaan baik.
Hamzah disahkan positif COVID-19 pada 12 Jan lalu dan menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.