Berita UtamaTarbiyah

Keyakinan dalam berdoa

Nabi Ibrahim, Nabi Zakaria dikurniakan anak meskipun usia terlalu tua

1. KETIKA memohon agar dikurniakan anak, Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Zakaria A.S menutup doa mereka dengan ayat yang menunjukkan keyakinan mereka bahawa Allah Maha Mendengar doa mereka.

2. Keyakinan mereka terhadap doa dan hubungan dengan Allah ini akhirnya membuahkan hasil. Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Zakaria A.S dikurniakan anak walaupun dalam usia mereka yang sudah terlalu tua bahkan mereka sendiri mempersoalkan dalam dialog mereka. Kata Nabi Zakaria A.S :

قَالَ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَامٌ وَقَدْ بَلَغَنِيَ الْكِبَرُ وَامْرَأَتِي عَاقِرٌ

“Dia berkata: Wahai Tuhanku bagaimana mungkin aku dikurniakan anak sedangkan aku sudah tua dan isteriku tidak boleh mengandung,” (Surah Ali Imran: 40)

4. Begitulah doa oleh kedua orang Nabi ini mendidik kita bagaimana Allah berupaya memberikan rezeki pada seseorang sekalipun dalam keadaan yang tidak kita sangkakan. Pusatkan keyakinan kepada Allah dalam doa kita.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button