Berita Utama

Meletak nilai betul dalam budaya bekerja

Kegagalan akan buatkan kita perangkap dengan budaya negatif

KENAPA ramai di kalangan kita bangun pagi dengan motivasi yang rendah dan ‘menyeret kaki’ ke tempat kerja, rungsing memikirkan kerja yang bertimbun dan politik pejabat yang tidak putus-putus setiap hari?

Jawapannya ialah kerana kita tidak meletakkan nilai (quantify the value) kerja atau kerjaya yang kita lakukan.

Apabila kita tidak meletakkan nilai yang betul terhadap kerja yang kita lakukan setiap hari, kita akan mudah terperangkap dengan rutin, perkara teknikal, isu remeh serta budaya negatif yang berada di persekitaran kita.

Sebaliknya, setiap pagi semasa kita menyarung uniform atau bersiap ke tempat kerja, cuba fikirkan impak positif atau nilai yang dihasilkan oleh usaha kita di tempat kerja setiap hari

Sebagai contoh, seorang nelayan mampu menyumbang terus kepada industri perikanan negara yang bernilai RM8 bilion setahun bagi memastikan bekalan makanan asas (sumber protein) untuk 32 juta rakyat negara terjamin.

Begitu juga dengan seorang cleaner yang memastikan kebersihan dan keselamatan ratusan orang pekerja lain demi kesihatan mental dan fizikal mereka semua.

Manakala, seorang anggota polis pula bertanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dengan menurunkan kadar jenayah negara pada tahap semasa 273 (bagi setiap 100,000 populasi negara) bagi memastikan ibu, kakak dan adik perempuan kita selamat pulang ke rumah setiap hari.

Seorang guru dan pensyarah membakar diri dengan penuh tekun dan sabar mendidik anak bangsa yang bakal menjadi Perdana Menteri negara, saintis dunia, ulama ternama dan jutawan di mana-mana.

Apa nilai kerjaya anda?

Sematkan dalam minda dan ulang setiap pagi semasa anda menyarung uniform sebelum ke tempat kerja.

Kemudian, lihatlah hasilnya!

Ir. Ts. Lukman Al Hakim
Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button