Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Mental, fizikal petugas barisan hadapan perlu diberi perhatian

Kurang PPE, terdedah pesakit dijangkiti wabak punca tahap stress tinggi

BANGI, 14 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Kesihatan mental dan fizikal petugas barisan hadapan perlu diberi perhatian kerana mereka paling banyak berurusan dengan orang ramai ketika COVID-19.

Pensyarah Program Kaunseling, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Dr Sapora Sipon berkata, ternyata pandemik memberi kesan kepada masalah kesihatan mental seperti stress, selain kebimbangan dan kemurungan.

Katanya, Konsultan Kajian dan Strategi, Greenverg (2020) melaporkan antara faktor penyumbang tahap stres tinggi dalam kalangan petugas barisan hadapan ialah kekurangan kelengkapan peralatan perlindungan diri (PPE), pendedahan kepada pesakit dijangkiti serta bebanan tugasan berlebihan.

“Lai et al (2019) pula melaporkan faktor kekurangan sokongan dan ketakutan berhadapan kematian dan morbiditi adalah penyumbang masalah kesihatan mental petugas barisan hadapan,” katanya menulis di Berita Harian hari ini.

Sebelum ini, media pada 27 Oktober 2020 melaporkan seramai lebih 10,000 pegawai dan anggota polis telah dikuarantin, manakala 200 lagi sedang dirawat selepas disahkan positif COVID-19.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dalam laporan sama menjelaskan, kadar tinggi jangkitan dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantutkan keupayaan dan kekuatan pasukan dalam penugasan menjaga keselamatan serta keamanan negara.

Dr Sapora berkata, pasukan polis adalah petugas barisan hadapan berpotensi besar terdedah wabak itu kerana berada paling hampir dengan rakyat yang belum dipastikan tahap jangkitan.

Jelas beliau, status petugas barisan hadapan turut terbabit secara langung dengan diagnosis, rawatan dan penjagaan pesakit, sekaligus menjadi faktor penyumbang masalah psikologikal kepada mereka.

“Justeru, melindungi pekerja petugas barisan hadapan dengan menyediakan sokongan sosial, emosi dan keagamaan satu keutamaan di mana ia boleh meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

“Mereka perlu mendapat pembelaan dari sudut penjagaan keselamatan diri,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button