Uncategorized

PBB gesa Israel beri vaksin kepada penduduk Palestin

230 tahanan Palestin di penjara Israel djangkiti COVID-19, dinafikan hak

NEW YORK, 14 Jamadilakhir 1442H, Rabu  – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa negara penjajah Israel memberikan vaksin COVID-19 kepada rakyat Palestin.

Menerusi panggilan video bersama Majlis Keselamatan Negeri, Koordinator perdamaian PBB untuk Timur Tengah, Tor Wennesland berkata, kerjasama dan pembabitan mereka adalah penting dalam proses pengagihan vaksin itu.

Katanya, wabak COVID-19 telah menyebabkan kematian, malah lebih ramai lagi nyawa berisiko untuk terkorban di wilayah Palestin yang diduduki, terutamanya di Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki memberitahu, Tel Aviv enggan memberi vaksin kepada penduduk Palestin.

Setakat ini, lebih daripada 156,000 rakyat Palestin dijangkiti COVID-19, manakala 1,800 dilaporkan maut.

Memetik Pusat Maklumat Palestin sebagai berkata, Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) bukan sahaja melarang pemberian vitamin dan bekalan ubat-ubatan kepada tahanan Palestin yang dijangkiti COVID-19, malah turut mengharamkan penggunaan alat perlindungan termasuk pelitup muka.

Kira-kira 230 tahanan Palestin telah dijangkiti COVID-19 sejak beberapa bulan ini, berikutan kelalaian Israel mencegah penularan wabak itu di dalam penjara.

Serentak itu, kumpulan hak asasi menyeru institusi antarabangsa untuk segera campur tangan bagi memastikan warga Palestin yang ditahan di penjara Israel mendapat akses perubatan yang sewajarnya.

Lebih 7,000 tahanan Palestin kini ditahan di sekitar 17 penjara Israel, termasuk puluhan daripada mereka menjalani hukuman itu seumur hidup – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button