Berita UtamaIstimewa

Tak mustahil UMNO ‘tersungkur’ lagi jika kekal balah, gila kuasa

‘Dulu PAS dibuli kiasu DAP, kini jadi tunggangan Bersatu pula’

BANGI, 14 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Tidak mustahil UMNO akan ‘tersungkur’ sekali lagi jika pemimpin serta ahlinya kekal gila kuasa dan berbalah sesama sendiri.

Demikian antara pandangan pengguna media sosial yang mengulas artikel kolumnis pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah di Ismaweb.net, Isnin lalu.

Artikel bertajuk ‘Apa lagi Tok Lebai mahu?’ itu, menjelaskan sudut pandang dan analisis Ridhuan Tee terhadap kemelut politik yang berlaku di antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk PAS.

Ridhuan Tee mendakwa, bersimpati dengan kedudukan PAS yang seolah-olah tersepit di tengah dalam masalah antara UMNO-Bersatu.

Menurutnya, PAS juga muncul sebagai ‘punching bag’ abadi politik Melayu yang berfungsi menjadi orang tengah berdamai demi mengurangkan impak COVID-19 terhadap agama, bangsa dan negara.

“Tiada siapa yang mahu tahu, apa yang PAS mahu. Diberi tanggungjawab diambil, dinafikan pun terkebil-kebil.

“Atas dasar itu, PAS sentiasa dilihat naif walaupun memainkan peranan yang besar,” kata Ridhuan Tee.

Pandangan dan analisis Ridhuan Tee itu disokong dan diakui rata-rata netizen, khususnya terhadap sikap yang ditonjolkan UMNO kebelakangan ini.

“Sebab rasa tamak menguasai diri, keutamaan kepada rakyat menjadi terpinggir. Itulah sikap yang ada pada segelintir pemimpin UMNO,” tulis Suzyana Kundur.

“Dua parti itu PPBM dan UMNO berkelahi kerana jawatan dan kuasa. Mereka dalam kelompok sama iaitu UMNO. Kuasa dan duit bagi mereka ini tak cukup. 

“Selagi Malaysia ini mampu hasilkan duit selagi itu mereka nak berkuasa,” kata Suffian II.

Achnaz Shuib berkata, PAS sejak dahulu sering dibuli dengan ultra kiasu DAP sebagai ‘tunggangan’, dan kini sekali lagi oleh Bersatu pula.

“Kalau kebanyakan pemimpin politik di Malaysia mempunyai jiwa macam Tuan Guru Haji Hadi, aman damai Malaysia,” tulis Saiful Azhar Mansur.

“Banyak elemen negatif yang perlu dirawat atau dibuang ke dalam longkang. Kalau bersifat gila kuasa, jawatan, pangkat dan harta memang susah untuk kembali pulih kestabilan,” kata Rashidi Al Zuhri.

UMNO ketika ini masih di ambang krisis, terbaru terdapat gesaan daripada pemimpin akar umbi Pemuda parti – yang mahukan Datuk Seri Zahid Hamidi berundur secara terhormat sebagai Presiden. 

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd. Helmi Buang dilaporkan berkata, pendekatan pemimpin mesti ada perubahan yang ketara mengikut arus zaman. 

Katanya, langkah berundur perlu turut sama dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO lain yang sudah berpenggal-penggal memegang jawatan kepemimpinan tertinggi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button