Berita Utama

DAP parasit! Netizen ‘hentam’ ADUN pertikai tugas PDRM, ATM

Chin Chen tuduh pemantauan bersenjata di tokong Cina biadab, keterlaluan

BANGI, 5 Rejab 1442H, Rabu – Kerana mulut badan binasa. Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan terhadap kenyataan seorang wakil rakyat DAP kerana cuba mencetuskan kontroversi dengan mempertikaikan tugas pasukan keselamatan negara.

Ini susulan satu kenyataan tidak puas hati yang dimuat naik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen semalam, berhubung pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di rumah ibadat Cina.

Chin Chen menyifatkan, tindakan anggota PDRM dan ATM yang membawa senjata ketika menjalankan operasi pemantauan di dalam tokong Cina sebagai keterlaluan, biadab dan tidak sensitif.

Sehubungan itu, beliau menuntut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador membuat permohonan maaf atas tindakan tersebut.

Bagaimanapun, tindakan Chin Chen telah menarik lebih 1,400 komen daripada pengguna media sosial, yang rata-rata mengkritik kenyataan ADUN DAP terbabit kerana tidak mengikuti perkembangan SOP semasa negara.

Netizen menyifatkan Chin Chen sengaja mencetuskan polemik terhadap isu itu untuk menarik perhatian, sedangkan SOP pemantauan anggota keselamatan yang membawa senjata telah lama dilakukan termasuk di masjid, surau termasuk kuil.

“Mereka itu penjaga keselamatan negara, mestilah bawa senjata ke mana-mana. Takkan nak bawa buku perundangan kot,” sindir Sharul Lockdown.

“Apa pun, dua pasukan ini tugasnya menjaga keselamatan dan tidak perlu kita pertikaikan tugas mereka. PDRM dan ATM bawa senjata untuk mengelak anasir yang menganggu gugat keamanan dan mereka sentiasa siap siaga dan waspada setiap saat,” tulis Awang Hamzah Hj Sarudin.

Pemilik akaun Gjoy Idrus pula mengingatkan Chin Chen atau mana-mana pihak lain supaya tidak mempertikai atau menganggu tugas anggota keselamatan yang sememangnya mempunyai SOP ditetapkan.

“PDRM dan ATM jaga semua kaum dan keselamatan semua. Dasar YB rasis!,” kata Raja Rimba.

“DAP ini parasit, toksik dan pakar pemecah belah perpaduan kaum. Haramkan!,” kata Mohd Harman Md Rodzi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button