Thailand buka semula sekolah kecuali di wilayah Samut Sakhon
Kluster baharu babitkan peniaga pasar makanan laut

BANGKOK, 14 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Thailand akan membuka semula kebanyakan sekolah, kecuali di wilayah Samut Sakhon – yang menjadi pusat wabak COVID-18 terbaharu di negara itu.
Awal Januari lalu, Kementerian Pendidikan mengarahkan sekolah ditutup di 28 wilayah yang diisytiharkan sebagai kawasan di bawah kawalan maksimum.
Semua sekolah awam dan swasta serta institusi pendidikan di 27 wilayah, termasuk Bangkok dibenarkan memulakan sesi pembelajaran mulai 1 Februari, menurut Menteri Pendidikan, Nathapol Teepsuwan.
Arahan itu turut menetapkan prosedur operasi standard (SOP) dengan setiap kelas tidak boleh melebihi 25 orang, dan mewajibkan pemakaian pelitup muka serta penggunaan pencuci tangan.
Bagaimanapun, sekolah masih ditutup di Samut Sakhon, selepas wujud kluster baharu membabitkan peniaga pasar makanan laut yang disahkan positif pada pertengahan Disember.
Pengumuman itu dibuat selepas negara melaporkan jumlah kes harian kedua tertinggi hari ini, dengan majoriti kes di Samut Sakhon.- Agensi