Berita Utama
Anggota polis jalani kuarantin COVID-19 meninggal dunia
Belum dapat disahkan sama ada kematian akibat wabak

SHAH ALAM, 15 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan meninggal dunia malam tadi ketika menjalani kuarantin di rumah selepas didapati positif COVID-19.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata, anggota polis berusia 53 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam.
“Allahyarham adalah Pengawal Pengiring (Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) IPD Klang Selatan dan saya sahkan beliau sedang menjalani kuarantin akibat positif COVID-19 bermula 23 Januari hingga 1 Februari.
“Sama ada kematiannya akibat COVID-19, saya tidak boleh sahkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.