Berita UtamaDunia

Perang Yaman: AS digesa henti sokongan logistik kepada pakatan Arab Saudi

Trump abaikan pencerobohan terhadap Yaman demi penjualan senjata kepada Riyadh

SANA’A, 15 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Anggota Majlis Politik Tertinggi Yaman meminta pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan sokongan logistik ke atas pakatan pimpinan Arab Saudi yang terlibat dalam kempen ketenteraan terhadap negara itu, dan sebaliknya mengenakan embargo senjata ke atas Riyadh dan sekutunya.

“Amerika harus meletakkan embargo ke atas penghantaran senjata, selain ke atas sokongan penerbangan dan logistik Arab Saudi dan sekutunya atas pencerobohan terhadap Yaman.  

“Ini perlu dikaji sehingga 26 Februari,” tulis Mohammed Ali al-Houthi dalam catatan yang disiarkan di laman Twitter rasminya.

Jabatan Perbendaharaan berusaha meredakan ketakutan syarikat dan bank yang terlibat dalam perdagangan komersial ke Yaman, yang bergantung terutamanya pada import.

Gerakan Houthi Ansarullah, yang disokong oleh angkatan bersenjata Yaman dan sekutu-sekutu popular, mempertahankan Yaman daripada pencerobohan Arab Saudi, menyebabkan Riyadh dan sekutunya terjerumus di negara itu.

Bekas Presiden AS, Donald Trump telah lama mengabaikan dan mempertahankan tindakan pencerobohan pakatan pimpinan Arab Saudi di Yaman demi penjualan senjata yang menguntungkan kepada rejim di Riyadh.

Bagaimanapun, Presiden baharu AS, Joe Biden berjanji untuk ‘mengakhiri sokongan AS ke atas perang Arab Saudi di Yaman’. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button