Berita Utama

Wanita warga emas direman rasuah polis RM28,150

Sogokan kepada anggota polis untuk lepaskan individu ditahan

GEORGE TOWN, 15 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung menawarkan wang tunai berjumlah RM28,150 sebagai sogokan kepada anggota polis untuk melepaskan individu yang ditahan.

Majistret Jamaliah Abd Manap mengeluarkan perintah reman itu bermula hari ini selepas membenarkan permohonan Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) G. Jayarah di Mahkamah Majistret George Town di sini.

Wanita itu yang diwakili peguam Zainal Akram Zainal Azahar disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Semalam, media melaporkan polis menahan seorang wanita warga emas selepas menawarkan wang tunai berjumlah RM28,150 sebagai sogokan untuk melepaskan tangkapan enam individu yang disyaki terbabit dalam satu sindiket pengedaran rokok serta arak seludup di negeri ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button