Berita Utama

Agama Melayu sesat lagi menyesat

Orang ramai dinasihat tak terpengaruh ajaran dibawa Ibu Yati

BANGI, 16 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Tugas mendakwah pada zaman mutakhir ini semakin mencabar.

Apatah lagi, dengan kehadiran agama baharu dikenali Agama Melayu semakin hangat diperkatakan.

Dalam perkongsian di laman Facebook, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hasan mendedahkan, Agama Melayu itu menggunakan lafaz syahadah yang pelik iaitu iLa Ha iLa Ra iLa Ma diikuti dengan pengakuan Aku Melayu sebanyak tujuh kali.

“Menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab. Kononnya mereka membawa Islam Melayu.

“Insya-Allah dari sudut penguatkuasaan, pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan merencana tindakan berhikmah.

“Bagi agensi dakwah seperti YADIM pula senantiasa siap untuk memberi kefahaman dan pemurnian aqidah serta fikrah,” katanya.

Juateru, Nasrudin menasihatkan orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang dibawa individu dikenali sebagai Ibu Yati.

Jelasnya, ajaran berkenaan adalah sesat lagi menyesat.

“Saya sendiri pernah mengenali beliau sepintas lalu lewat 20 tahun yang lalu semasa beliau masih belajar,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button