Berita UtamaDunia

Biadab! Zionis musnahkan 10,000 pokok milik Palestin

Tindakan dilakukan dengan alasan untuk latihan ketenteraan

TEBING BARAT, 16 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 10,000 pokok dimusnahkan rejim pengganas Israel di kawasan simpanan semulajadi di Tebing Barat.

Aktivis Palestin, Moataz Bisharat yang bertanggungjawab memantau kegiatan penempatan haram Israel di Lembah Jordan berkata, rejim Zionis telah memusnahkan kawasan dipelihara seluas kira-kira 400 dunum (98 ekar) di Ainun dekat Kota Tabas.

Katanya, tindakan biadab itu dilakukan dengan alasan kononnya bagi melakukan latihan ketenteraan di kawasan berkenaan, meskipun jaraknya tidak melebihi 300 meter dari kawasan perumahan dan berfungsi sebagai jalan keluar bagi penduduk.

“Tentera penjajah (rejim Zionis) menebang dan memusnahkan kira-kira 10,000 pokok hutan dan sekitar 300 pokok zaitun,” katanya.

Tumbuhan yang ditanam di kawasan itu sejak lapan tahun lalu adalah sebahagian daripada projek Greening Palestin, yang diselia oleh Kementerian Pertanian Palestin serta dibiaya oleh konsulat Venezuela di Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button