Berita Utama

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur lanjut hingga 14 Januari

Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam kini zon merah

PUTRAJAYA, 13 Jamadilawal 1442H, Isnin – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di Selangor dan Kuala Lumpur akan dilanjutkan sehingga 14 Januari tahun depan, kata Menteri Kanan (Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau mengatakan bahawa mesyuarat khas Majlis Keselamatan Nasional (MKN) telah memutuskan untuk melanjutkan perintah berikutan tingginya jumlah kes COVID-19 yang direkodkan di Selangor dan juga di Wilayah Persekutuan.

Katanya, kesemua sembilan daerah di Selangor, termasuk Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam, yang sebelumnya dicatatkan sebagai zon hijau, kini menjadi zon merah.

“Bagi Kuala Lumpur, ada 12,494 jumlah kes positif COVID-19 pada 27 Disember dan Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa ada kluster baru yang dikenal pasti.

“Dengan nasihat Kementerian Kesihatan, kita telah memutuskan untuk melanjutkan PKPB selama 14 hari lagi di Selangor dan Kuala Lumpur, iaitu dari 1 Januari hingga 14 Januari,” katanya sebentar tadi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button