Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Gempa bumi lemah di Laut Sulawesi, mungkin dirasai di Tawau

Gempa berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan oleh radar

KUALA LUMPUR, 16 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Gempa bumi lemah berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Laut Sulawesi pada 1.42 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gegaran gempa bumi lemah itu mungkin dirasai di sekitar Tawau, Sabah.

Pusat gempa bumi itu terletak 197 kilometer selatan Semporna, Sabah dan pada kedalaman 141 kilometer.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini, menurut kenyataan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button