Berita Utama

Harga petrol kekal, diesel turun 2 sen

RON95, RON97 masing-masing RM1.90 dan RM2.20 seliter hingga 5 Februari

BANGI, 16 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 kekal, masing-masing pada paras RM1.90 dan RM2.20 seliter bagi tempoh 30 Januari hingga 5 Februari 2021.

Sementara, bagi harga runcit diesel turun 2 sen kepada RM2.07 seliter, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button