Dunia

Tentera Afrika Selatan benar anggota muslim berhijab

3 tahun pertahan hak agama, polisi baharu adalah kejayaan Maj Fatima Isaacs

JOHANNESBURG, 16 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Tentera Afrika Selatan mengubah polisi pakaiannya untuk membenarkan anggota wanita beragama Islam mengenakan hijab dengan pakaian seragam. 

Polisi baharu itu adalah kejayaan untuk Maj Fatima Isaacs, yang berusaha mempertahankan hak beragamanya selama tiga tahun supaya pemakaian hijab dibenarkan bersama baret tentera. 

Maj mempertahankan hak itu selepas pihak tentera mengenakan tindakan terhadapnya kerana memakai hijab.

Dia berdepan pemecatan kerana tidak mematuhi perintah yang sah dan menolak untuk menanggalkan (hijab). 

Maj Fatima – yang berkhidmat sebagai ahli patologi forensik klinikal di sebuah hospital tentera – memberitahu bahawa kejayaan itu bukan hanya untuk dirinya, tetapi semua yang telah menjadi mangsa secara senyap kerana agama mereka.

“Kami tinggal di negara demokratik yang bermaksud tidak boleh ada diskriminasi berkaitan kepercayaan agama.

“Saya percaya agama adalah asas negara/ negara yang bermoral. Ini adalah kemenangan penting,” katanya kepada akhbar Cape Times.

Dia turut berterima kasih kepada Pusat Sumber Undang-Undang (LRC), sebuah kumpulan hak asasi yang menguruskan kesnya pada tahun 2019. 

Sejak tindakan dikenakan terhadapnya tahun lalu, Maj dibenarkan memakai tudung yang ketat, tidak menutup telinganya dan berwarna polos – walaupun kod pakaian tidak berubah secara rasmi. 

Oleh itu, LRC mengemukakan permohonan di mahkamah dengan alasan bahawa kod pakaian keagamaan Angkatan Pertahanan Afrika Selatan (SANDF) tidak berperlembagaan. 

Bagaimanapun, perbincangan lanjut menyebabkan pasukan pertahanan mengubah polisi pakaian keagamaan untuk membenarkan wanita Islam memakai hijab dengan pakaian seragam tentera mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button