Berita Utama

Tiada berkompromi dengan perasuah mengikut prinsip ‘rule of law’: PMO

NACP diteruskan bagi tutup peluang rasuah dalam pentadbiran kerajaan

BANGI, 16 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Kerajaan kekal dengan dasar dan komitmen memerangi rasuah serta meningkat tadbir urus dalam pentadbiran.

Perkara itu ditegaskan Pejabat Perdana Menteri hari ini, susulan mengambil maklum berhubung keputusan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 yang telah diumumkan oleh Transparency International (TI) semalam, iaitu skor sebanyak 51/100 dan kedudukan 57/180 buah negara.

Walaupun skor dan kedudukan negara menurun sedikit daripada tahun 2019, pejabat itu berkata, dasar serta komitmen kerajaan adalah jelas dan berterusan.

“Seperti mana yang telah dimaklumkan pada peringkat awal pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) masih diteruskan bagi meningkatkan tadbir urus kerajaan, selain mengurangkan dan menutup peluang-peluang rasuah dalam pentadbiran kerajaan.

“Kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) juga sentiasa melihat kepada kaedah dalam meningkatkan tadbir urus dalam pentadbiran kerajaan,” kata pejabat itu dalam kenyataan.

Menurutnya, kerajaan juga tidak berkompromi dengan mana-mana pelaku rasuah serta tindakan tegas akan diambil mengikut prinsip ‘rule of law’.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button