Berita UtamaDunia

200 tahanan Palestin di penjara Israel positif COVID-19

Palestin catat 505 kes baharu, 9 kematian dalam 24 jam

RAMALLAH, 17 Jamadilakhir 1442H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 200 penduduk Palestin yang ditahan di penjara Israel dijangkiti wabak COVID-19 sejak awal tahun ini.

Jurucakap Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Hasan Abed Rabo berkata, kes COVID-19 yang telah menjangkiti tahanan Palestin di penjara Israel setakat ini mencapai 340 orang, termasuk di penjara Ramon dan Naqab.

Katanya, lima daripada jumlah berkenaan ditahan di hospital berikutan tahap kesihatan mereka merosot akibat virus berkenaan.

Dilaporkan, keluarga mangsa tidak dibenarkan melawat kerana bimbang penularan jangkitan.

Pada 23 Julai tahun lalu, mahkamah tertinggi Israel memutuskan bahawa tahanan Palestin tidak memiliki hak untuk dilindungi secara fizikal terhadap coronavirus.

Bagaimanapun, tindakan itu dikecam kerana dianggap rasis dan membelakangi undang-undang antarabangsa.

Sementara itu, dalam laporan harian berkaitan COVID-19 di Palestin, Menteri Kesihatan Mai Alkaila berkata, seramai sembilan orang dilaporkan meninggal dunia, manakala 515 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Selain itu, 550 pesakit dicatatkan telah pulih.

Di Semenanjung Gaza, sebanyak 191 kes baharu dan 210 kes pulih dilaporkan, manakala 124 kes baharu dan 107 kes pulih direkodkan di Baitulmaqdis dalam tempoh 48 jam.

Mai Alkaila berkata, 58 pesakit berada dalam rawatan intensif dan 20 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Secara keseluruhan, 93.9 peratus daripada jumlah kes COVID-19 yang dicatatkan di Palestin sejak Mac tahun lalu telah pulih, lima peratus lagi masih aktif, sementara 1.1 peratus lagi adalah kadar kematian. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button