Berita Utama

SPRM tempatkan anggota pantau perjalanan PRN Melaka

Pantau proses penamaan calon, kempen dan hari pengundian

MELAKA, 21 Rabiulawal 1443H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menempatkan pegawai dan anggotanya di lapangan bagi memantau proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad berkata satu pasukan telah dibentuk bagi tujuan itu yang akan menumpukan pemantauan terhadap proses penamaan calon, kempen dan hari pengundian.

“Dalam tempoh pilihan raya ini ia tertumpu kepada pemantauan dari segi kawalan dan pencegahan rasuah yang melibatkan elemen-elemen rasuah atau guna kuasa ketika di lapangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pembudayaan Integriti-Hijaukan Bumi SPRM dan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov, penamaan calon pada 8 Nov manakala undi awal pada 16 Nov ini.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button