Berita UtamaDunia

Netanyahu mahu terus perang Gaza, tolak usul gencatan senjata Hamas

Terlalu yakin kononnya Israel akan selamat dengan 'kemenangan penuh'

TEL AVIV, 27 Rejab 1445H, Khamis – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak cadangan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang menuntut gencatan senjata selama 135 hari bagi menamatkan perang di Gaza.

Penolakan itu berlaku apabila keluarga mereka yang ditahan mendakwa, masa semakin suntuk untuk menyelamatkan orang tersayang.

Netanyahu berkata, hanya kemenangan penuh ke atas Hamas akan memastikan Israel selamat dan mendakwa tekanan tentera diperlukan bagi memastikan tebusan dibebaskan.

Terdahulu, Hamas mengesyorkan perjanjian gencatan senjata selama empat setengah bulan, yang mana semua tebusan akan dibebaskan dalam beberapa peringkat.

Perjanjian itu juga termasuk pengunduran tentera Israel dari Gaza, satu langkah dikatakan oleh pegawai Israel sebelum ini bahawa mereka tidak akan bersetuju.

Netanyahu mendakwa rundingan dengan Hamas – yang ditengahkan oleh Qatar dan Mesir – tidak ke mana-mana dan menyifatkan tuntutan mereka sebagai pelik.

Pemimpin Israel itu mendakwa, tidak ada penyelesaian lain kepada perang di Gaza tetapi kemenangan yang lengkap dan muktamad.

“Menyerah kepada tuntutan khayalan Hamas yang kami dengar sekarang bukan sahaja tidak akan membawa kepada membebaskan tebusan, ia hanya akan mengundang satu lagi pembunuhan beramai-ramai,” dakwanya

Seorang pegawai kanan Hamas dipetik oleh Reuters sebagai berkata, kenyataan Netanyahu adalah ‘bentuk politik berani’ dan menunjukkan dia berhasrat untuk meneruskan konflik di rantau itu.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button