Berita UtamaIstimewa

Pengkhianat Tanah Rizab Melayu harus dilucut kerakyatan

Rampas semula tanah demi kedaulatan undang-undang negara

BANGI, 17 Jamadilakhir 1442H, Sabtu – Hanya pengkhianat sanggup melakukan penyelewengan Tanah Rizab Melayu di Sitiawan, yang kini didakwa sudah berpindah milik kepada bukan Melayu.

Sebelum ini Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman mendakwa, seluas 641.6 hektar Tanah Rizab Melayu di kawasan itu bertukar milik kepada orang bukan Melayu.

Dakwanya, tanah itu telah dipecah kepada 317 lot dengan 100 peratus dimiliki orang bukan Melayu dan kini menjadi ladang kelapa sawit.

Beliau menegaskan pindah milik terhadap tanah yang asalnya digazetkan sebagai Rizab Tanah Melayu pada 7 Januari 1930 itu bercanggah dengan enakmen dan Akta Kanun Tanah Negara 1965.

Bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak mulai 2009 hingga 2013 itu mendakwa, perkara itu melibatkan sindiket dengan lebih mencurigakan kelulusan pecah kepada 317 lot itu hanya diluluskan oleh Pengarah Tanah dan Galian (PTG).

Sekiranya dakwaan itu benar, rata-rata pengguna media sosial sebulat suara menggesa pihak berkuasa merampas semula Tanah Rizab Melayu itu dan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang terbabit

Netizen dikenali sebagai Mt Firdaus yakin isu ini berlarutan kerana penguatkuasa yang lemah dan tidak tegas.

Abdullah Bin Mansor menggesa pengkhianat dihukum dan tanah rizab itu dirampas semula demi kedaulatan undang-undang negara.

“Kalau tiada tindakan dari kerajaan, nanti akan ada pihak berlumba-berlumba mengaut tanah-tanah yang masih berbaki,” dakwanya.

Hukuman tegas turut disuarakan Asnawi Ma’dee bagi memastikan isu ini tidak lagi berulang pada masa akan datang.

“Amanah tak jaga, Melayu oh Melayu. Sebab duit, hukuman mati selayak bagi pengkhianat,” tegasnya.

“Pengkhianat wajib dihapuskan. Disebabkan ingin memenuhi keinginan dan kepentingan diri sendiri hingga sanggup korbankan hak bangsa dan agama,” demikian kata Mohamad Anas.

“Pengkhianat hanya direman lalu diikat jamin. Alangkah indahnya kalau mereka dibuang negara,” tulis Din Sa.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak mengesahkan menerima laporan daripada polis dan telah mengarahkan pasukan siasatan meneliti serta menyiasat kes berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button