Berita UtamaPendapat

‘Sokongan’ China kepada Dong Zong, apa tindakan kerajaan?

Bagaimana kes cabar keabsahan sekolah vernakular di mahkamah?

BARU-BARU ini, Dong Zong memperkukuh hubungan baik dengan negara kuasa besar China terutamanya dalam hal-hal pendidikan Cina melalui suatu sidang khas bersama duta China ke Malaysia.

Menurut satu laporan, dikatakan bahawa Kedutaan China sudah memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan Cina di negara ini sejak beberapa dekad lalu.

Duta negara China dalam sidang itu memuji Malaysia kerana menjadi antara negara yang memelihara pendidikan Cina dengan sempurna selain Taiwan, Hong Kong dan Macau.

Ini bermakna Malaysia adalah satu-satunya negara bukan majoriti penduduk berbangsa Cina yang memelihara pendidikan Cina dengan sempurna.

Ini membangkitkan beberapa persoalan yang perlu kita fikirkan mengenai masa depan negara, terutamanya hala tuju pendidikan nasional.

Apakah ‘sokongan’ khas dari negara China ini menjadi penyebab pemimpin negara takut untuk ambil apa-apa tindakan terhadap kebiadapan mereka selama ini, walau siapa pun yang menjadi kerajaan?

Apakah ada kebimbangan-kebimbangan diplomasi dan tekanan dari negara China? Tidak mustahil kerana ada pemimpin politik kerajaan yang menggunakan hujah yang sama untuk mempertahankan ‘restoran komunis’ baru-baru ini.

Apakah ini juga menjadi penghalang kepada agenda memansuhkan sistem sekolah vernakular di negara kita? Jika begitu, apakah yang akan terjadi dalam kes mencabar keabsahan sekolah vernakular melalui mahkamah nanti? Apakah akan ada dilema di situ nanti?

Sokongan negara China terhadap Dong Zong ini boleh dikatakan berani kerana tidakkah sesebuah negara luar menunjukkan sokongan kepada sebuah organisasi yang banyak melukakan hati rakyat Malaysia, malah pengasasnya pernah dilucut kerakyatan suatu ketika dahulu kerana perlakuan-perlakuan derhaka.

Jika benarlah semua telahan saya ini manakala pemimpin-pemimpin negara masih lagi memandang sebelah mata akan isu pendidikan vernakular ini, maka saya berasa bahawa sampai bila-bila sistem pendidikan negara akan berada di takuk lama.

Sudahlah berada di takuk lama, dihina-hina lagi oleh pendokong-pendokong pendidikan vernakular dengan propaganda-propaganda mereka. Saya sudah muak mendengarnya di sidang-sidang dan wacana-wacana pendidikan kebangsaan.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA

PAUTAN BERKAITAN:
https://ismaweb.net/2021/01/29/dong-zong-jiao-zong-perkukuh-hubungan-baik-dengan-china/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button