Dunia

COVID-19: Amerika rantau pertama cecah kes kematian sejuta

Hampir tiga perempat ICU di Brazil guna untuk rawat pesakit COVID-19

WASHINGTON, 18 Jamadilakhir 1442H, Ahad – Amerika Syarikat (AS) menjadi wilayah dunia pertama yang mencapai kes kematian akibat COVID-19 sehingga sejuta orang, menurut angka daripada Universiti John Hopkins. 

Kes kematian di AS direkodkan separuh daripada hampir 2.2 juta kematian di seluruh dunia, diikuti Eropah dengan 680,000, Asia (370,000), Afrika (89,000) dan Oceania kurang daripada 1,000. 

Pengarah Organisasi Kesihatan Pan Amerika (PAHO), Carissa Etienne kesal dengan jumlah kematian berkenaan, dan menyifatkan pandemik itu sebagai ‘luka’ kepada seluruh dunia yang tidak boleh dilupakan. 

“Sejuta harapan, impian dan masa depan sudah terkubur. Sejuta keluarga juga berkabung, di mana ramai yang tidak dapat mengucapkan selamat tinggal dengan ahli keluarga mereka yang pergi selamanya.

“Walaupun kemasukan ke hospital meningkat di banyak wilayah, termasuk Colombia, Chile dan Peru, situasi di Brazil sangat membimbangkan,” katanya. 

Katanya, hampir tiga perempat dari semua tempat di unit rawatan rapi (ICU) di Brazil digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.

Ketika ini, tiga negara yang berada di rantau ini menyumbang jumlah korban tertinggi iaitu AS, Brazil dan Mexico.

AS mempunyai 433,300 kematian, sementara Brazil dengan lebih 221,500 dan Mexico lebih 155,100. 

India berada di tempat keempat dengan 154,010 kes kematian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button