Berita Utama

DUN Selangor bubar Jumaat ini

Sultan Selangor perkenan pembubaran untuk beri laluan kepada PRN

KLANG, 30 Zulkaedah 1444H, Isnin – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan Jumaat ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengumumkan pengisytiharan pembubaran berkenaan setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Istiadat itu disempurnakan di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, sebentar tadi.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor.

Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Kelantan akan membubarkan DUN Khamis ini, Pulau Pinang (28 Jun) dan Negeri Sembilan (30 Jun).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button