Berita Utama

Tribunal antigangguan seksual dimuktamad hujung tahun ini

Bertanggungjawab dengar, laksana proses pendakwaan terhadap setiap aduan

BANGI, 3 Muharam 1445H, Jumaat – Pembentukan tribunal yang berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) akan dimuktamadkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Nancy Shukri berkata, peraturan bagi membentuk tribunal itu sudah dirangka dan kini hanya dalam proses pelantikan ahli panel.

“Apabila dibentuk, tribunal itu bertanggungjawab untuk mendengar dan melaksanakan proses pendakwaan atau pengadilan terhadap setiap aduan berkaitan gangguan seksual.

“Sekarang saya tak boleh memberikan butiran terperinci berhubung proses itu sehinggalah panel tribunal itu dilantik.

“Segala proses serta prosedur berhubung pendakwaan dan tindakan akan dijelaskan oleh ahli panel tribunal nanti,” katanya.

Akta Antigangguan Seksual 2022 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 8 Oktober lalu dan diwartakan 18 Oktober, tahun lalu.

Antara tumpuan utama KPWKM dalam pelaksanaannya adalah bagi mengekang sebarang bentuk gangguan seksual dalam kalangan masyarakat.

Sebelum ini, sebuah pertubuhan wanita, All Women’s Action Society (AWAM) menggesa penubuhan serta pelantikan ahli panel tribunal itu disegerakan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button