Berita Utama

BERJASA Shah Alam salur sumbangan kepada asnaf, miskin bandar

Mahu terajui perjuangan politik berteraskan agama, bangsa

SHAH ALAM, 19 Ramadan 1442H, Sabtu – BERJASA Bahagian Shah Alam memberi sumbangan kepada 45 penerima menerusi Program Siri 1 Bantuan Prihatin Ramadan.

Ketua Pemuda BERJASA Pusat, Ustaz Fahmi Bazlan Muda berkata, rata-rata penerima mengucapkan rasa syukur dan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang terbabit. 

Katanya, penghargaan itu juga dizahirkan khusus kepada penyumbang dan seluruh Jawatankuasa BERJASA Shah Alam yang turun padang menyantuni masyarakat asnaf dan golongan miskin bandar dari kalangan B40 di Kawasan DUN Batu 3, Parlimen Shah Alam.

“Semoga aktiviti ini menjadi permulaan kepada langkah-langkah BERJASA mendekati masyarakat, 

“Selain dapat menyelami masalah serta isu-isu yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ustaz Fahmi berkata, visi BERJASA adalah untuk menjadi parti pilihan anak muda dan pilihan rakyat yang mencari alternatif kepada parti-parti sedia ada.

“Kita juga tidak mahu ketinggalan dalam isu-isu kebajikan. Namun lebih besar hasrat kita adalah memimpin dan menerajui perjuangan politik berteraskan agama dan bangsa.

“BERJASA akan membuka ruang seluas-luasnya kepada pihak-pihak yang ikhlas berjuang.

 “Khususnya dalam membina kuasa baru politik negara mendepani kuasa-kuasa asing yang cuba merosakkan masa depan negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button