Dunia

30 khemah musnah, kem pelarian Syria ditelenggami banjir

Lima juta orang awam hilang tempat tinggal sejak perang 2011

DAMSYIK, 19 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Kem pelarian di daerah Afrin, barat laut Syria ditenggelami banjir akibat hujan lebat berterusan pada Ahad. 

Rakyat Syria yang hilang tempat tinggal – dan berlindung di kem pelarian itu – kini berjuang dengan kerosakan disebabkan banjir berkenaan. 

Sekurang-kurangnya 30 khemah sementara rosak dan tidak dapat digunakan lagi, menurut Agensi Anadolu.

Syria berdepan perang saudara sejak awal 2011 ketika rejim Bashar al-Assad menentang penunjuk perasaan pro-demokrasi dengan serangan keganasan. 

Sejak itu, lebih lima juta orang awam di negara berkenaan kehilangan tempat tinggal.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button