Uncategorized

Demi latihan tentera, Zionis halau 5 keluarga Palestin dari kediaman

Sebabkan kanak-kanak hilang tempat tinggal, terdedah cuaca panas

HEBRON, 19 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Rejim pengganas Israel mengusir lima keluarga Badwi Palestin dari kediaman mereka di daerah Masafer Yatta dekat Selatan Hebron.

Pegawai tempatan, Rateb al-Jabour berkata, pengusiran sementara itu yang disertakan dengan notis dilakukan bagi memberi laluan latihan ketenteraan kepada rejim Zionis. 

“Ini sangat sukar bagi seluruh keluarga, terutamanya kanak-kanak yang tiada tempat tinggal. Mereka terpaksa mencari tempat tinggal, makanan dan minuman yang jauh dari kediaman dengan cuaca yang panas di Lembah Jordan. 

“Pemindahan yang kerap turut memaksa penduduk menunda pelbagai urusan. Ini juga menimbulkan kegelisahan dan menyebabkan kesulitan,” kata B’Tselem, sebuah pusat hak asasi manusia. 

Warga Palestin di kawasan berkenaan juga menyatakan kebimbangan dengan bom dan peluru yang ditinggalkan, ini selepas ramai rakyat Palestin terkorban dalam beberapa tahun kebelakangan ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button