Berita UtamaDunia

Polis tangkap lagi pengganas serangan di Turki

Suspek larikan diri ke Bulgaria sebelum ditahan pihak berkuasa

ISTANBUL, 21 Rabiulakhir 1444H, Rabu – Polis Turkiye menahan seorang lelaki dipercayai dalang dalam serangan di Istanbul, baru-baru ini.

Letupan yang berlaku di Jalan Istiklal di tengah Istanbul, Ahad lalu mengorbankan enam individu dan lebih 80 yang lain cedera.

Media Turkiye melaporkan, Amar Jarkas cuba melarikan diri ke Bulgaria namun berjaya ditahan pihak berkuasa.

Suspek diarahkan membunuh Ahlam al- Bashir, wanita yang menanam bahan letupan sebelum ini dengan tujuan menutup siasatan.

Ahlam sebelum ini mengaku mempunyai kaitan dengan parti Buruh Kurdistan (PKK), bagaimanapun PKK menafikan sebarang penglibatan dalam serangan berkenaan.

Menurut akhbar Huriyet, Ahlam dikesan menggunakan 21 alamat dan dikenal pasti sebagai warganegara Syria dan menggunakan nama Ahlam Al Basir.

Dia bersembunyi di bandar Esenler sebelum ke Kucukcekmece selepas melakukan serangan di sebuah pusat beli-belah terkenal di Istanbul.

Bagaimanapun ketika ditahan suspek kemudian mendedahkan dirinya dilatih sebagai pegawai perisikan khas oleh PKK yang disertai.

Ketika ditahan, mata wang asing dan wang emas termasuk sepucuk pistol ditemukan di kediamannya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Soylu berkata, kemungkinan suspek dipercayai akan diseludup pula ke Greece sekiranya tidak ditahan pihak berkuasa Turkiye . – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button