Berita UtamaDunia

Mesir terima 50,000 vaksin COVID-19 dari India

Daftar permohonan vaksin melalui aplikasi, panggilan telefon

CAIRO, 19 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Mesir menerima kira-kira 50,000 vaksin COVID-19 yang dihasilkan di India, sebagai usaha membendung penularan wabak di negara itu.

Penghantaran tiba di Lapangan Antarabangsa Kaherah di Emirated EK 927 dari India melalui Dubai, di mana pihak berkuasa memuktamadkan prosedur pelepasannya.

Penasihat Presiden Mohammed Awad Tag El-Din berkata, Mesir akan menerima vaksin COVID-19 dari pelbagai sumber secara berperingkat, termasuk vaksin Astra Zeneca dari India itu.

Katanya, Mesir akan mengutamakan pemberian vaksin itu kepada pekerja kesihatan, warga emas dan individu yang mempunyai penyakit kronik.

“Ketika ini Mesir sudah mempunyai simpanan alat perubatan dan peralatan yang strategik,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Mesir telah mengumumkan pelancaran laman web aplikasi vaksin.

Penasihat menteri kesihatan untuk teknologi maklumat, Issam Salah berkata,
laman web itu dibangunkan bagi menyaring permintaan untuk mendapatkan vaksin.

Setakat ini, laman web berkenaan menerima 10,000 permintaan vaksin seawal sejam pertama dilancarkan.

Beliau berkata, terdapat tiga cara bagi mengemukakan permohonan iaitu mendaftar secara dalam talian, melalui panggilan telefon atau terus pergi ke senarai hospital yang bakal diumumkan kelak. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button