Berita UtamaDunia

3,179 bom dijatuhkan di Yaman sejak 2015

Pakatan pimpinan Arab Saudi didakwa sengaja beli senjata haram dari sumber tak diketahui

SANA’A, 20 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Gabungan yang dipimpin Arab Saudi didakwa telah menjatuhkan 3,179 bom kluster ke Yaman sejak awal pencerobohannya di negara itu pada tahun 2015.

Ketua Pengarah Pusat Tindakan Eksekutif Yaman (YEMAC), Ali Sofra mendakwa, mangsa adalah orang awam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak – melebihi 1,000 – dan berlaku di kawasan pertanian dan penggembalaan, lapor laman web al-Maloumeh Iraq.

Arab Saudi, disertai sekutunya termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), telah mengetuai perang menentang Yaman sejak Mac 2015 dengan tujuan untuk mengembalikan bekas pemerintah pro-Riyadh kembali berkuasa.

Seorang pegawai PBB mendakwa, Arab Saudi dan UAE telah menggunakan bom kluster dalam serangan ketenteraan mereka terhadap kejiranan kediaman di Hudaydah, Yaman.

Pada Jun 2020, Kementerian Hak Asasi Manusia Yaman memberi amaran peluru kluster memberi kesan serius kepada kehidupan orang awam, terutama wanita dan kanak-kanak.

Ini kerana, gabungan yang dipimpin Arab Saudi didakwa menggunakan ribuan bom kluster di kawasan perumahan, menyebabkan orang awam mati atau cedera.

“Menurut statistik tepat yang diperoleh, ada lapan jenis bom kluster yang telah digunakan di Yaman, yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat, Britain, dan Brazil,” kata Sofra.

Serangan bom disasarkan di sembilan wilayah iaitu Sa’ada, Hajjah, ibu kota Sana’a, Hudaydah, Jawf, Amran, Mahweet, Dhamar dan Ta’izz. 

Pemangku Menteri Hak Asasi Manusia, Ali Al-Dailami mendakwa, bom kluster yang digunakan dalam perang adalah sebahagian daripada senjata yang dilarang di peringkat antarabangsa, lapor Badan Akhbar Yemen (YPA).

Beliau juga mendakwa, negara-negara pakatan yang dipimpin Arab Saudi dengan sengaja membeli senjata haram dari sumber yang tidak diketahui.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button