Berita Utama

Ambil berat, Kelantan laksana pakej bantu rakyat terkesan PKP

RM1.8 juta diperuntuk melalui bantuan keperluan asas makanan di setiap DUN

BANGI, 20 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Kerajaan Kelantan bersetuju melaksanakan Pakej Bantuan Khas Berkala demi kesejahteraan rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pakej bantuan itu merangkumi keperluan asas makanan dan insentif tunai peniaga serta penjaja kecil.

Beliau berkata, sebanyak RM1.8 juta atau RM40,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) diperuntukkan melalui bantuan keperluan asas makanan untuk rakyat yang terkesan melalui Pusat Khidmat DUN (PKD).

Katanya, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM1.125 juta atau RM25,000 kepada kepada peniaga dan penjaja kecil yang layak bagi setiap DUN melalui PKD.

“Kerajaan negeri Kelantan sentiasa memantau rapi perkembangan dan kesan penularan wabak COVID-19 di seluruh negeri Kelantan.

“Sehingga saat ini, negeri Kelantan belum bebas daripada jangkitan wabak COVID-19 dan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri telah mengambil pelbagai usaha dan langkah proaktif secara bersepadu untuk membendung penularan wabak COVID-19 di negeri ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button