Berita UtamaDunia

Tak dapat arak sanggup minum sanitiser, 10 maut di India

Minum arak buatan sendiri campur cecair pembersih tangan

NEW DELHI, 11 Zulhijjah 1441H, Sabtu – Sepuluh orang maut di India akibat minum pembersih tangan atau sanitiser selepas kedai arak di kawasan kediaman mereka ditutup susulan COVID-19, kata polis.

Penguasa Polis Kurichedu di Andhra Pradesh, Siddharth Kaushal berkata, semua mangsa minum minuman keras buatan sendiri merangkumi campuran cecair pembersih tangan, air dan minuman ringan.

“Kami juga sedang menyiasat sama ada mereka mencampurkan pembersih tangan itu dengan bahan toksik lain.

“Anggota keluarga mereka memaklumkan mangsa minum sanitiser sejak 10 hari lalu. Kami sedang menghantar stok pembersih tangan yang dijual di kawasan berkenaan untuk diperiksa,” katanya.

Peminum kebiasannya dikatakan minum pembersih tangan berasaskan alkohol, selain menyuling arak secara haram, kata polis, sambil menambah siasatan sedang dilakukan.

Dua pengemis adalah mangsa pertama pada malam kelmarin. Sementara salah seorang daripadanya ditemui mati, seorang lagi meninggal dunia di hospital kerajaan di bandar Darsi, kata polis.

Mangsa ketiga juga dibawa ke hospital Darsi pada malam Khamis selepas tidak sedarkan diri.

“Tujuh yang lain jatuh sakit setelah didakwa minum pembersih tangan meninggal dunia pagi tadi. Sementara itu, beberapa lagi mangsa lain sedang menjalani rawatan di kediaman mereka di kampung berkenaan,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button