Berita UtamaDunia

Qatar naikkan bantuan kepada RM1.5 bilion setahun untuk Semenanjung Gaza

Solidariti antarabangsa untuk Gaza tidak seperti 10 tahun yang lalu

DOHA, 20 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Pemerintah Qatar mengumumkan akan menambah bantuan kewangan ke Semenanjung Gaza, daripada AS$240 juta (RM972 juta) kepada AS$360 juta (RM1.5 bilion) setahun.

Dana ini akan digunakan untuk membayar gaji pekerja, membantu keluarga yang memerlukan dan  mengendalikan stesen janakuasa untuk mengatasi krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Semenanjung Gaza, kata pemerintah Qatar dalam satu kenyataan.

Pegawai kanan Qatar menegaskan bahawa solidariti dan sokongan antarabangsa untuk Gaza ‘saat ini lemah, tidak seperti sepuluh tahun yang lalu.’

Sejak tahun 2018, negara Teluk telah memberikan hibah kepada keluarga miskin di Gaza sebagai sebahagian daripada persefahaman gencatan senjata antara Israel dan kumpulan penentang di kawasan itu, yang berada di bawah pengepungan Tel Aviv yang ketat sejak pertengahan 2007.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada bulan Jun 2018 mendedahkan, 53 peratus daripada lebih dua juta penduduk Gaza hidup dalam kemiskinan dan 80 peratus bergantung pada bantuan antarabangsa.

Menurut Times of Israel, wakil Qatar, Mohammad Al-Emadi tiba di Semenanjung Gaza semalam untuk mengumumkan projek yang disokong oleh Doha.

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh mengucapkan terima kasih kepada Qatar atas sokongan yang berterusan.

Beliau berkata: “Sokongan ini adalah lanjutan dari pendirian setia negara Qatar dalam meredakan pengepungan rakyat kita di Gaza, dan terhadap rakyat Palestin secara umum. Ini membuktikan hubungan baik antara rakyat Palestin dan Qatar.”

Gaza telah lumpuh akibat kekejaman Israel selama 14 tahun yang lalu, manakala Mesir menyokong, pengepungan yang membatasi produk masuk dan keluar dari Semenanjung Gaza.

Pandemik COVID-19 pula telah memburukkan lagi keadaan ketika pihak berkuasa terpaksa mengambil langkah-langkah penutupan yang ketat untuk menghentikan penyebaran wabak coronavirus. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button