Dunia

Vietnam sahkan wujud varian baharu COVID-19

Didakwa lebih cepat merebak berbanding di UK namun masih terkawal

HANOI, 20 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Vietnam mengesahkan wujud varian baharu coronavirus yang didakwa lebih cepat merebak berbanding pernah dikesan di United Kingdom (UK). 

Menteri Kesihatannya, Nguyen Thanh Long memaklumkan bahawa wabak COVID-19 baharu itu telah menjangkiti 276 orang dan didakwa merebak ke 10 wilayah serta bandar. 

Dalam pertemuan Kabinet, Long berkata, enam hari sejak virus itu muncul di wilayah utara Hai Duong, kluster berkenaan masih terkawal.

“Penjujukan gen menunjukkan bahawa 12 daripada 276 pesakit yang baru dikesan positif dengan varian UK, walaupun sumber wabak ini masih belum diketahui.

“Kita harus mematuhi pemakaian pelitup muka. Hanoi perlu meningkatkan langkah-langkah mengawal virus. Kementerian Kesihatan akan meningkatkan jumlah ujian saringan kepada 40,000 sehari,” katanya.

Terdahulu, Vietnam meluluskan vaksin dari AstraZeneca PLC pada Sabtu setelah Perdana Menteri, Nguyen Xuan Phuc menyatakan bahawa negara itu mesti mempunyai satu vaksin bagi suku tahun pertama. 

Kerajaan sebelum ini memaklumkan sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan 30 juta dos vaksin. 

Media negeri melaporkan, 50,000 dos pertama akan tiba pada bulan Mac dan selebihnya dihantar pada Jun. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button