Berita UtamaDunia

130,000 warga Israel melancong ke UAE sejak normalisasi hubungan

Pengunjung dijangka meningkat setelah prosedur berkaitan vaksin selesai

ABU DHABI, 21 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Kira-kira 130,000 warga negara haram Israel telah mengunjungi Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak perjanjian normalisasi ditandatangani antara Abu Dhabi dan Tel Aviv pada pertengahan September, tahun lalu.

Pegawai misi diplomatik Israel, Eitan Naih dipetik berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita rasmi UAE.

Eitan menjangkakan bahawa kira-kira 50,000 warga Israel akan mengunjungi UAE setiap bulan sepanjang musim sejuk, dan jumlah pelancong dijangka meningkat setelah prosedur yang berkaitan dengan vaksin coronavirus selesai.

Pada pertengahan September 2020, UAE dan Bahrain menandatangani dua perjanjian normalisasi dengan Israel, dalam upacara yang diadakan di White House dengan penyertaan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di tengah penentangan meluas Palestin.

Pada 26 Januari, Kementerian Luar Negeri Israel mengatakan telah membuka konsulat amnya di Dubai, dua hari setelah membuka kedutaan di Abu Dhabi, yang pertama di negara Teluk itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button