Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Cerita karut! Tun M nafi Agong mahu Wan Azizah jadi PM Interim

‘Agong cadangkan saya sebagai Perdana Menteri Interim’

BANGI, 21 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa terkejut dan kecewa dengan kenyataan tentang dirinya di dalam buku penulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.

Dalam satu kenyataan, Dr Mahathir berkata, Tommy tidak mengetahui langsung berkaitan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, katanya, Tommy mendakwa bahawa Yang di-Pertuan Agong mahukan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menjadi Perdana Menteri Interim.

“Ini cerita karut. Selepas menerima dengan berat hati peletakan jawatan saya, Agong cadangkan saya sebagai Perdana Menteri Interim.

“Nama Wan Azizah tidak pernah disebut oleh Agong sebagai Perdana Menteri Sementara,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Tommy mendedahkan dalam buku tulisannya beberapa perkara ketika menjadi Peguam Negara.

Dalam buku tersebut, beliau mendakwa, Dr Mahathir bertindak mencampuri urusan pemilihan Perdana Menteri Interim selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mencadangkan Ahli Parlimen Pandan, Dr Wan Azizah menyandang jawatan itu.

Selain itu, Tommy turut mendakwa Dr Mahathir sebagai punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button