Dunia

Kes COVID-19 menurun, Jepun tetap lanjut darurat hingga 7 Mac

Kerajaan fokus rancangan vaksinasi pada pertengahan bulan ini: PM Jepun

TOKYO, 21 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Jepun melanjutkan perintah darurat di ibu negara Tokyo dan 10 wilayah lain selama sebulan untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Negara itu melaksanakan sekatan kali pertama di tiga wilayah pada 7 Januari hingga 7 Februari, sebelum diperluas ke 11 wilayah pada 14 Januari sehingga 7 Mac depan. 

11 wilayah itu adalah Tochigi, Saitama, Chiba, Tokyo, Kanagawa, Gifu, Aichi, Kyoto, Osaka, Hyogo dan Fukuoko.

“Jumlah jangkitan baharu menurun tetapi kita perlu meneruskan dan mengurangkan jumlah pesakit yang dirawat di hospital atau kritikal,” kata Perdana Menteri, Yoshihide Suga kepada Parlimen. 

Menurut kerajaan, pengisytiharaan darurat tidak membawa maksud untuk menghentikan sebahagian besar kegiatan sosioekonomi, selain menumpukan perhatian pada situasi yang berisiko serta memastikan tindakan pencegahan berkesan.  

Kawalan memberi tumpuan kepada keadaan membabitkan aktiviti makan dan minum di luar. 

Oleh itu, restoran diarahkan untuk memendekkan waktu perniagaan dari jam 7 pagi hingga 7 malam, dan mengarahkan orang ramai berada serta bekerja dari rumah. 

Pusat hiburan dan kedai berskala besar juga diarahkan untuk mengikut ketetapan yang sama. 

Mana-mana individu yang masuk atau pulang ke Jepun (termasuk warganegara) diwajibkan mengemukakan keputusan ujian saringan COVID-19 sehingga perintah darurat ditarik balik. 

Mereka juga wajib menjalani ujian saringan baharu di ketibaan negara, dan dikuarantin selama 14 hari di lokasi yang ditentukan. 

Suga berkata, kerajaan kini menumpukan usaha ke arah memulakan vaksinasi COVID-19 pada pertengahan Februari. 

Jepun mengesahkan 394,269 kes jangkitan COVID-19 dengan 5,952 kematian, lapor Universiti Johns Hopkins. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button