Berita Utama

Polis terima laporan berhubung buku Tommy Thomas

'Kita akan panggil secepat mungkin untuk rakam percakapan beliau'

KUALA LUMPUR, 21 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria berhubung dakwaan fitnah terhadap dirinya oleh bekas Peguam Negara (AGC), Tan Sri Tommy Thomas, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata laporan itu dibuat berhubung kandungan buku tulisan Tommy bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” yang diterbitkan baru-baru ini.

“Ya, kita akan panggil secepat mungkin untuk rakam percakapan beliau (Tommy Thomas), dan kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohamad Hanafiah dalam laporan itu menyatakan petikan buku itu pada muka surat 248 adalah tidak benar dan mempunyai konotasi bahawa dirinya tidak berkemampuan mengetuai serta menyelia pasukan pendakwaan dalam kes berkaitan dana SRC International yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button