Berita Utama

Polis siasat laporan terhadap Tommy Thomas

Siasatan dijalankan ikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan

KUALA LUMPUR, 22 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang mengesahkan perkara itu berkata, setakat ini hanya satu laporan polis diterima pihaknya.

“Siasatan sedang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor berhubung laporan yang dibuat seorang individu.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun keseksaan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Terdahulu, bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria dilaporkan membuat laporan polis terhadap Tommy berkait dengan buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’

Dalam laporannya beliau mendakwa petikan daripada buku itu merosakkan imej beliau sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang berkhidmat selama 33 tahun.

Dakwanya, dalam buku itu, Tommy memfitnah dan memburukkan imejnya ketika beliau masih bertugas sebagai seorang pegawai kanan kerajaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button