Berita Utama

Buku Tommy Thomas diharamkan KDN?

Menteri punyai kuasa untuk bertindak sedemikian rupa

BANGI, 23 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Buku tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas kini dalam pemerhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut sumber, buku bertajuk ‘My Story: Justice in The Wilderness’ itu mungkin diharamkan jika diputuskan menteri.

“Mereka sedang siapkan laporan untuk diserahkan kepada menteri. Pihak menteri mempunyai kuasa untuk mengarahkan buku itu diharamkan,” katanya ringkas seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

Semalam, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuat laporan polis terhadap Tommy atas dakwaan melakukan tiga kesalahan bawah Kanun Keseksaan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Apandi berkata, Tommy turut mendedahkan beberapa perkara sulit yang masih tertakluk bawah undang-undang kerahsiaan negara, termasuk perbincangan dalam mesyuarat Kabinet dan urusan berkaitan jawatannya selaku Peguam Negara ketika itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button