Dunia

Kejam! Pengganas Israel tembak mati lelaki Palestin

Jenazah Khaled Nofal masih dalam tahanan rejim Zionis

RAMALLAH, 23 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Seorang lelaki Palestin ditembak mati oleh tentera pengganas Israel hari ini di Tebing Barat, menurut pegawai.

Mangsa dikenali sebagai Khaled Nofal dilaporkan ditembak mati berdekatan penempatan Israel yang terletak di Gunung Raisan.

Kematian Khaled dimaklumkan Ketua Majlis Kampung Ras Karkar, Radhi Abu Fakhida kepada waris dan agensi berita Anadolu.

Difahamkan, jenazah Khalid – yang disifatkan sebagai syahid – masih berada dalam tahanan pihak berkuasa negara haram Israel.

Sejak pagi tadi, tentera Israel melarang kemasukan ke Ras Karkar – termasuk menyekat mereka di dalam kawasan itu keluar. 

Setakat ini, masih tiada maklumat lanjut mengenai kejadian pembunuhan itu dan puncanya.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button