Berita UtamaDunia

Melegakan, Palestin terima 10,000 dos vaksin pertama

50,000 lagi dos vaksin Sputnik V bakal tiba minggu depan

RAMALLAH, 23 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Kementerian Kesihatan Palestin, semalam mengesahkan menerima 10,000 dos pertama vaksin Sputnik V dihasilkan oleh Russia.

Bercakap dalam satu sidang media, Menteri Kesihatan, Mai Alkaila berkata, kumpulan pertama vaksin Sputnik V akan disasarkan kepada 5,000 warga Palestin.

Beliau berkata, keutamaan diberikan kepada kakitangan perubatan, individu yang mempunyai penyakit kronik dan warga emas.

Katanya, 50,000 dos tambahan vaksin dijangka tiba di Palestin pada minggu depan, dan selebihnya akan memasuki negara itu secara beransur-ansur dalam beberapa bulan akan datang.

Mai Alkaila berkata, kementeriannya telah melakukan pelan lengkap berkaitan program vaksinasi yang sesuai seperti disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tambahnya, sumbangan dari program pengedaran vaksin antarabangsa seperti Covax, China, negara-negara lain serta institusi yang menyokong rakyat Palestin amat digalakkan dalam masa terdekat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button