Berita Utama

Muhyiddin bertemu Jokowi

Antara isu dibincangkan diskriminasi minyak sawit, jerebu, pelaburan dan kerjasama pandemik

JAKARTA, 23 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu Presiden Indonesia Joko Widodo untuk mengadakan perbincangan empat mata di istana presiden, Istana Merdeka, di sini pada Jumaat.

Mesyuarat bermula pada pukul 10.50 pagi (11.50 pagi waktu Malaysia) dan dijadual berlangsung selama kira-kira 40 minit dengan pematuhan prosedur operasi standard bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Antara isu yang dijangka dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengenai masalah berkaitan diskriminasi minyak sawit, jerebu, pelaburan dan perdagangan, pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik dan kerjasama dalam menangani pandemik COVID-19. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button