Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Prof Dr Zainur Rashid dilantik Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas

Sasar kutipan dana RM18 juta untuk teruskan misi kemanusiaan

BANGI, 23 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin dilantik sebagai Pengerusi  Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas yang baharu.

Pelantikan Dr Zainur Rashid berkuat kuasa mulai 1 Februari lalu sehingga 31 Disember 2025.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di International Medical University serta Hospital Tuanku Jaafar, Seremban itu mempunyai pengalaman luas dan aktif dalam bidang kemanusiaan.

Beliau pernah mengetuai misi kemanusiaan ke Afghanistan, Acheh, Gaza, Lubnan dan Syria, termasuk di negeri-negeri Semenanjung, Sabah serta Sarawak.

Dr Zainur Rashid ketika dihubungi Ismaweb.net berkata, beliau berhasrat menjadikan Yayasan Ikhlas sebagai NGO kemanusiaan yang mendapat sokongan korporat dan berakar umbi di seluruh negara.

“Saya dan Yayasan Ikhlas juga menyasarkan kutipan dana sehingga RM18 juta untuk tahun ini bagi meneruskan semua misi kemanusiaan yang dirancang.

“Selain itu, kita juga mahu memfokuskan kepada kebajikan, pendidikan, pembangunan komuniti dan pengendalian bencana,” katanya.

Dr Zainur Rashid sebelum ini pernah dilantik sebagai Perunding Aman Palestin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Ikatan Pengamal Perubatan Malaysia (I-Medik) dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas.

Beliau juga aktif menulis dan menjadi kolumnis untuk Berita Harian, Utusan Malaysia, majalah dan portal media sosial.

Antara  barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah  yang baharu ialah  Pengarah Kibar Management dan Akademi Bahasa Arab Hud-Hud, Ustaz Rusdi Alias dan Pengurus Perhubungan Am, Hospital Az Zahra, Tuan Haji Zaim Shaari. 

Selain itu ialah CEO Murni Nursing College Nilai, Leftenan Kolonel Haji Ridzwan Shoib, ‘Senior Director’ On Semiconductor Malaysia Sdn Bhd

Seremban, Tuan Haji Kamaldin Nordin dan ‘Deputy Vice President’ Jimah Power Plant, Ir Amran Wahidi Abdullah. 

Mereka adalah tokoh masyarakat, aktivis kemanusiaan dan pemimpin organisasi yang berpengalaman, kompeten dan amanah bagi menggalas tanggungjawab.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button