Berita UtamaDunia

Wanita Uyghur diperkosa, diseksa? Masyarakat dunia diminta bertindak

Pengawal kem turut pukul selain renjat tahanan dengan elektrik

NEW YORK, 23 Jamadilakhir 1442H, Jumaat– Amerika Syarikat (AS) mengambil serius laporan mengenai kaum wanita Uyghur yang dirogol dan diseksa secara seksual di kem tahanan di Xinjiang, China.

Sebelum ini, media antarabangsa BBC telah menemu bual beberapa wanita Uyghur dan menerbitkan laporan pemerkosaan dan penyeksaan mengerikan di kem berkenaan.

Lantaran itu, kumpulan penyokong menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan.

Dalam temu bual itu, mangsa mendakwa mereka telah diperkosa oleh pengawal di kem berkenaan.

Selain itu, seorang bekas pengawal memberitahu BBC bahawa, beliau menyaksikan pengawal bertindak memukul tahanan serta menyebabkan mereka terkena renjatan elektrik.

Sementara itu, jurucakap jabatan negara berkata, AS sangat terganggu dengan laporan itu, tambahan pula terdapat saksi yang menyaksikan pemerkosaan dan penderaan seksual ke atas wanita Uyghur.

“Kekejaman itu sangat mengejutkan dan mereka (pelaku) harus menerima hukuman,” katanya.

Kenyataan itu telah menjadi beban mengerikan kepada beberapa Ahli Parlimen Australia.

Menteri Hal Ehwal Luar Australia, Marise Payne berkata, pemerhati antarabangsa termasuk Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet akan diberi akses segera untuk ke Xinjiang.

Terdahulu, China menolak tuduhan menahan dan menyeksa etnik Islam Uyghur selain mendakwa, bahawa kem tahanan digunakan sebagai pusat latihan vokasional.

AS telah mengenakan sekatan ke atas China atas penindasan terhadap agama minoriti serta menyifatkannya sebagai genosid pada Januari lalu.

Kira-kira 80 peratus wanita yang mencapai usia subur di empat wilayah prefektur diduduki Uyghur menjadi sasaran pensterilan paksa.

Menurut laporan akademik Adeian Zenz dan Persekutuan Intra-Parlimen mengenai China (IPAC), wanita Uyghur dikenakan pengguguran paksa terutamanya jika tidak mematuhi syarat jarak kelahiran Parti Komunis China (CCP). – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button