Berita UtamaDunia

Pengawal sering halang Yahudi masuk kawasan Masjid al-Aqsa digantung kerja seminggu

Tentera pengganas Zionis balas dendam sesuka hati

BAITULMAQDIS, 1 Zulhijjah 1443H, Jumaat – Pasukan tentera pengganas Israel bertindak semberono apabila menghalang seorang pengawal Masjid al-Aqsa daripada menjalankan tugasnya selama seminggu.

Lelaki yang bekerja sebagai pengawal di Masjid al-Aqsa, Isam Najib berkata, dia digantung tugas selama seminggu dan tidak dibenarkan memasuki kawasan tempatnya bekerja berikutan sering menghalang penduduk Yahudi memasuki kawasan masjid berkenaan.

Seorang lagi pengawal yang dikenali sebagai Arafat Najib pula diberikan amaran dan beberapa kali disoal siasat pihak berkuasa rejim Zionis.

Selain itu, Pengarah Volunteer for Hope, Silvia Abu Laban, sebuah Pertubuhan di Kejiranan Beit Hanina di Baitulmaqdis, turut dipanggil pasukan perisikan negara haram itu untuk disoal siasat.

Silvia sebelum ini telah ditahan beberapa kali ditahan tanpa alasan oleh tentera Zionis.

Kumpulan Yahudi yang fanatik sering melakukan ritual keagamaan malah pasukan polis Israel turut bersama mereka.

Keadaan ini mendorong pengawal masjid untuk campur tangan dan menghalang mereka daripada memasuki kawasan Masjid al-Aqsa.

Situasi tersebut menyebabkan pasukan tentera pengganas cuba membalas dendam dan menahan pengawal masjid suci itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button